Haura Cyrus
Anonymous chingu(s) Letter



   

Tazkirah Ringkas
Tuesday 1 September 2015





Made the gif; source animation here.

 Adalah seorang Hamba Allah seorang ini . Dia pergi menjelajah dalam hutan , awat pilih hutan pun Han tak tahulah . Aigo ! okay continue balik kay . hehe . Sedang dia berjalan mengharungi setiap pokok dan semak di hutan sambil menghirup udara oksigen yang segar yang dikeluarkan oleh pokok pokok di sekitarnya , dia terdengar cacophony yang agak menyeramkan dan membuat jantung berdebar bagaikan music rock . Nak tahu dia dengar apa ? Jeng ! Jeng ! Jeng ! hehe . Dia dengar bunyi harimau mengaum dan bunyi dekat dengan semak samun  

Aummmmm ! Bunyi harimau yang sedang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya .

Gulp ! Ya Allah  Lagu mana ni ? Bayangkan betapa cuaknya Hamba Allah ni .

Jadi Si Hamba Allah ni lari dengan lajunya untuk menyelamatkan diri . Harimau yang ternampak Hamba Allah ni pun terus memulakan langkah yang agak laju untuk menerkam mangsanya . Saya yang tengah taip ni pun cuak babe cuak ! 

Harimau yang sedang kelaparan itu mengejar mangsanya dengan pantasnya . Dah lapar sangat dah harimau ni , mana mungkin dia nak lepaskan peluang keemasan . Huhu ! Harimau pun kejar punya kejar tak pernah penat mengejar , Hamba Allah ni yang penat sangat nak kena larikan diri , Kesian der ! Takut punya pasal sampai tak sempat nak berhenti . Dalam kepenatan , sempat Hamba Allah ni berdoa kepada Allah SWT agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi .

Dengan kuasa Allah SWT diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya . Jadi untuk menyelamatkan diri , Si Hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi . Untung perigi itu ada tali dan dia sempat berpaut pada tali yang diikat bersama sebuah timba . Si Hamba Allah ni pun bergayut pada tali itu . Tali itu pun pendek ja . Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi . Wu ! Seram .

Di mulut perigi Harimau sedang kelaparan sedang menunggunya . Si Hamba Allah ini pun berfikir lah macam mana nak selamatkan diri daripada harimau sambil berdoa kepada Allah SWT agar diselamatkan . Tengah tengah dok fikir terdengar kocakan air di bawah . Pebenda tu ? Fikir dia .

Jeling ke bawah .

Aaaaaa ! Ya Allah ! lagilah seram dibuatnya . Berdiri bulu roma dibuatnya . Dapat ku bayangkan keadaan Hamba Allah dalam cerita ni . Nangis sat  ! Nak tahu apa di bawah itu ? cer teka ! 

Apa , malas nak teka ? haih . Okay Han bagitau kay .

Jeng Jeng Jeng ! 

Ada dua ekor buaya yang kelaparan . Gulp ! Apalah nasib . Sudah jatuh di timpa tangga pula itu . Lagilah takut si Hamba Allah seorang ini . Atas ada harimau , bawah ada buaya . Dibaham habis lunyai . Wuhuhu ! 

Hamba Allah ini semakin risau dan takut ! Fuh !

Tengah fikir mencari jalan keluar , tetiba ada seekor tikus putih keluar dan lari dari lubang celah-celah perigi , naik ke atas ikut tali yang Hamba Allah ini bergayut . Sampai ke atas tikus ini gigit tali pula . Ciskek ! Sambal tempoyak punya tikus . Lagu mana ni ? Nangis lagi dibuatnya .

Then , keluar lagi tikus berwarna hitam ikut tali tadi . 

cit ! cit ! cit ! bunyi tikus itu .

Sampai ke atas tikus hitam itu pun mengigit tali itu .

Aiseyman ! Lagi satu . 

Macam mana aku nak buat ni ? 
Habislah jadi crocodile victim lah aku .

Hamba Allah ini pun berfikir lagi . Kalau naik ke atas jadi mangsa harimau . Kalau tunggu tali putus , jatuh ke bawah , kena ngap dek buaya . Macam mana ni , Ya Allah ?

Sedang Hamba Allah ini berfikir . Datang satu bunyi , bzzz ! bzzz ! Datang seekor lebah membawa madu . 

Si Hamba Allah ini pun mendongak ke langit  Dia melihat seekor lebah sedang membawa madu . Tetiba setitik madu terjatuh dan tepat tepat masuk ke dalam mulut Hamba Allah yang sedang ternganga . Haha . Punyalah nikmat hingga tak terkata .

" Fuh ! Manisnya madu ni , tak pernah aku rasa manisnya ni . Sedapnya , MashaAllah ! "

Kerana setitik madu , Si Hamba Allah terus lupa kepada Harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang sedang menantinya di bawah .

Kalau semua nak tahu !

  Si Hamba Allah itu ialah kita semua .
Harimau yang mengejar kita itu adalah maut kita , ajal memang sentiasa mengejar . So , beringat-ingatlah kita ! Dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam barzakh nanti . Tali tempat kita bergantung tadi adalah jangka hayat kita . Kalau pendek talinya , maka panjanglah hayat kita , kalau panjang talinya , maka pendeklah hayat kita . Wait ! Awat terasa macam buat hipotesis pula nih . Huhu . Tikus putih dan tikus hitam itu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita seperti asid bahan kimia . Kan tikus tu gigi tali tu .

 Madu .
Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia yang Allah berikan kepada kita semua . Bayangkanlah , setitik saja madu , setitik aja madu terjatuh ke dalam mulutnya , dia terus lupa kepada harimau dan buaya yang menantinya di atas dan di bawah . Hebatkan ? Tak ingat dah dekat depa . Macam kitalah bila dapat nikmat sedikit terus lupa kepada Pencipta kita , Allah SWT . Waktu susah barulah nak ingat Allah . Astagfirullahalazim . Sentap Han dibuatnya . Huhu .


Seronokkan tazkirah tadi  Seronok memang seronok pengajaran dia juga kita perlu ambil . Jangan terus lupa pada Allah SWT dan motif kita singgah dekat dunia yang seketika ni . Ingat tu HAN  Ingat . 

okaylah . Assalamualaikum dears 

Lots of love 
Hurul Ain